Thursday, January 20, 2011

Cara-cara mendapat kekhusyukkan dalam solat

  1. Sembahyang berjemaah. (yang paling afdhal ialah di masjid)
  2. Menjaga makanan dan minuman supaya halal dimakan dan diminum dan yang didapati dari sumber yang halal begitu juga makanan yang syubhat (yang kesamaran, hukumnya seperti makanan yang dikatakan ada dicampurkan benda-benda yang haram tetapi tidak jelas. (memakan seekor semut mematikan hati 40 hari).
  3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
  4. Jangan sembahyang dengan menahan buang air besar atau air kecil dan selesaikan atau perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam sembahyang.
  5. Mengambil wudhuk dengan sempurna supaya air mengena semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui di setiap anggota wudhuk.
  6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti akan mengadap orang besar.
  7. Sembahyang di awal waktu melainkan jika ada majlis ilmu atau zikir, maka sembahyang isya’ sunat dilambatkan sehingga selesai majlis itu.
  8. Tempat sujud dipastikan supaya tiada gambar yang mengganggu fikiran atau membimbangkan hati.
  9. Mengingati mati dan kemungkinan sembahyang itu yang terakhir sekali dalam hidupnya.
  10. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan ALLAH Yang Maha Agung dan Yang Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.
  11. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap ALLAH  yang melihat segala gerak-geri kita.
  12. Memahami segala bacaan dalam sembahyang termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.
  13. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, selawat keatas Nabi, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.
  14. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam sembahyang.
  15. Memusatkan seluruh ingatan kepada sembahyang.
  16. Memanjangkan semasa rukuk dan sujud.
  17. Memastikan tiada gangguan di dalam kawasan kita sembahyang.
  18. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.
  19. Hendaklah memandang ke tempat sujud.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Kang Iwan K-sev | Thank's for your visit To My Site - Ridwan Mulyana | Cibeureum